Wednesday, April 27, 2011

LIGHTROOM ??

 Salam readers,

thanks you all coz visit my pages..thanks jugak la yewp kepada pembuat soalan Hubungan Etnik tadi yang tak berape nak etnik dengan pelajar2 UTHM actually lagi2 dengan blogger2 UTHM dan jugak kelas aku. Baru jewp lepas amek paper terus post ni. Korang bayangkan time aku dok syok2 menjawab etnik tadi tetibe boleh terdetik hati aku nak post pasal entry ni. PELIK?? haha. Memang pelik pon sebab aku pon ngah pelik gak ni. Yela kan macam mana pulak otak ni boleh terpikir padahal punya la susah soalan etnik tadi sampai aku ley termenung(kalo korang nak taw pasal otak korang visit page terompah caring). Tapi pada aku senang jewp kowt sebab ade jugak orang yang keluar awal sejam pertama.

mungkin sebab dier tak tahan nak berak?
mungkin jugak dier betol2 habis jawab?
mungkin jugak dier memang dah tension dengan soalan tu?
mungkin jugak dier tersalah datang amek paper?

bape banyak mungkin dah. hee =)

ekh2. mintak maaf semua boleh pulak den ni mengarut sampai ke situ. Ok jom kite berbalik pada tajuk kite yang sebetul-betulnya. meh sini aku nak bercerita sikit sebab mesti ramai yang tertanya-tanya kan ape itu LIGHTROOM? ape yang aku cuba sampaikan? actually aku just nak share jewp ape yang aku rase betul dan ape yang aku rase bagus untuk korang-korang serta diri aku sendiri.

 ADOBE LIGHTROOM

ni la dier yang aku cube maksudkan tadi. Actually bagi sesiapa yang memang dah biase dengan software ini dia akan taw la ape yang cube aku sampaikan. Ok, software ni kebiasaannya menjadi favourite2 designer mahupun photographer2 yang inginkan impact gambar yang menawan. Adobe Lightroom mempunyai beberape persamaan dengan Adobe Bridges dan Adobe Photoshop dan ia lebih mudah digunakan berbanding Photoshop bagi sesiapa yang baru nak mengenali dunia editting ini. 

10 Kelebihan Adobe Lightroom

1. Nondestructive editting (editting yang tidak merosakkan) - means gambar korang tak akan berubah sehingga korang export gambar tu dan ia berbeza dengan photoshop. Kiranya korang boleh simpan gambar tu dan korang boleh buat adjustment bapa banyak kali korang buat dan quality gambar tu tak akan lari means korang punye editting tu kire virtual la after korang export baru images tu berbubah sebagaimana yang korang edit. Kalo photoshop setiap kali korang edit korang kene SAVE kalo tak akan hilang tapi lightroom xpayah dan original file tak akan berubah sampai la korang export gambar tu.

2. Memudahkan susunan & penetapan gambar - Lightroom mempunyai Collection & smart collection so korang xpayah la susah2 nak mengimport banyak kali, korang just letak gambar korang dalam satu collection jewp. Katakan korang ade gambar banyak2 tapi korang nak asingkan ikot story editting korang, just susun ikut masok kan dalam collection tu. Senang korang nak pilih2 gambar nanti.

3. Paparan view yang besar - Lightroom ade screen view yang besar kalo korang nka compare kan dengan original images dengan after editting images. So korang boleh tengok hasil after korang edit. Paparan screen dibuka sebelah-sebelah. so helpful

4. Susunan Interface yang cepat - Memudahkan korang untuk lihat gambar ke gambar yang lain dan jugak. Senang cite memang mudah sebab dier menggunakan thumbnail so memang jelas & korang boleh men tarik2 jewp gambar tu korang nak letak. Nak masok kan dalam collection ke, nak jadikan gambar tu ke bawah ke,ke atas ke. SIMPLE

5. Interface yang mudah di akses - Kalau di Photshop korang nak buat ape2 semua kene bukak window baru kan. Contoh kalau korang nak buat adjustment layer Curve korang kene buat layer baru kan, tetapi di lightroom, ia telah memperkenalkan autolayer so korang xyah la dok risau2 pasal layer tu & ia mudah untuk korang buat adjustment sebab segala-galanya berade dalam satu window yang same kat sebelah kanan gambar korang.

6. History yang kekal - Bagi Photoshop, history editting korang akan hilang after korang tutup images tu melainkan korang save dalam bentuk PSD format tetapi bagi Lightroom history palette akan stay walaupun korang tutup software tu,korang shutdown komputer ke,dier still stay walaupun korang xsave and export gambar korang. After korang export pown still ade history sehingga la korang delete images tu xpown korang ubah sendiri history. Tu yang besh tu.

7. multiple images processing - maaf na, aku xtaw dalam bahasa melayu dier ape, kalo aku translate jadi kelako & lagi korang xpaham. Ok, Kiranya korang ada banyak gambar & nak jadikan semua gambar editting dier same. Contoh, korang dah edit gambar A then korang nak update gambar yang lain2, korang just syncronize jewp gambar korang dengan Gambar A, tak pun korang just copy adjustment gambar A kat gambar yang lain.

8. Kawalan warna yang superb - Lightroom menawarkan HSL( Hue - Saturation - Luminance ). Ia tidak banyak perbezaan dengan camera RAW editting dan ia juga menawarkan pelbagai fungsi untuk seperti White balnce, tone, presence, split toning, lens correction, effect dan juga camera calliberation. Dalam setiap function koleh boleh ubah macam2. Must try~~

9. Kawalan setempat yang mudah - Adjust part2 yang kecil tanpa affect yang lain. Dalam Lightroom, korang boleh gelapkan,terangkan, beri effect dan ubah sharpness tanpa mengubah kawasan yang lain. Ye memang photoshop pown boleh buat tetapi merumitkan means korang kene buat layer then apply mask kat layer tu then korang brush balek. kan susah tu kan tapi kat lightroom ni korang just brush jewp part mane korang nak xyah dok pikir susah2 nak buat layer sebab dah autolayer then kalo korang xnak effect brush yang korang dah buat just delete jewp.

10. Clonig & healing brush - Bagi function ni tidak boleh disangkal lagi bahawa Photoshop sebenarnya lagi better dari lightroom. Untuk function di lightroom, just untuk simple2 jewp brush jewp.

 untuk entry kali ni, aku just nak share advantages jewp kowt & maybe after ni aku akan sambung lagi..aku buat sikit-sikit sebab ngahh final kowt..arghh...

korang layan la hasil gambar aku sendiri yang aku buat menggunakan LIGHTROOM ;



before editting gune lightroom


After Editting


Before Editting


After Editting

Sampai kat sini saje la nampaknya sebab banyak betul subject nak kene cover and hopefully aku akan update entry baru maybe sambungan daripada entry ini..Sebelum aku tinggalkan korang keseorangan, aku sajikan korang dengan video untuk kasi korang lagi paham..Yelakan aku bukan power sangat pun nak terang-terang ni lagi-lagi dalam bentuk penulisan tapi kalo face to face boleh ajewp..haha..k bye~~



LIGHTROOM & PHOTOSHOP..
beri pandangan korang ...

KOMEN & LIKE 

14 comments:

sapiksd said...

ko ad x software nie? ak nk wei!

Ferfarfer said...

hubungan etnik tu mmg sume U kena amek eh

mojam said...

sapidsd: aku ade.kalo nak boleh la dtg bilik ye..

mojam said...

ferra: hubungan etnik tu mmg wajib kowt rasenye..sume kene amek...farra stdy kat mane??

fatien ! said...

cantik, terimas untuk info..

mojam said...

thx fatien

Cik TeN10 said...

photoshop ade lightroom pn ade.. lightroom bleh la gne jgak sbb simple and lbh sng nk gne.. photoshop cm complicated sket.. mmg jarang sgt gne.. salu gne nk crop gmbr je..

cantik2 gmbr u edit.. kn seronok kl dpt bljr jugak =.= huhu

As Yusra said...

paper hubungan etnik.?? wahhh...memang sume u kene amek kn..-____-"
"senang" sangat~

mojam said...

Cik Ten10: Thx..blaja la..xrugi pown..

As Yusra : a'ah..lecturer mcm xajar tetibe finalll =.= ERRRRRR~~!!

mojam said...

Cik Ten10: Thx..blaja la..xrugi pown..

As Yusra : a'ah..lecturer mcm xajar tetibe finalll =.= ERRRRRR~~!!

wah cantiknye..

mojam said...

Thx jiha..

Syimama said...

waa..bagus dpt belajar dcni..cuma mokcik ni..lambat le nak paham.

mojam said...

xpe..slow2 la k...hee^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 HazwanKhalid Photography.
Blogger Template by Clairvo