Wednesday, April 27, 2011

LIGHTROOM ??

 Salam readers,

thanks you all coz visit my pages..thanks jugak la yewp kepada pembuat soalan Hubungan Etnik tadi yang tak berape nak etnik dengan pelajar2 UTHM actually lagi2 dengan blogger2 UTHM dan jugak kelas aku. Baru jewp lepas amek paper terus post ni. Korang bayangkan time aku dok syok2 menjawab etnik tadi tetibe boleh terdetik hati aku nak post pasal entry ni. PELIK?? haha. Memang pelik pon sebab aku pon ngah pelik gak ni. Yela kan macam mana pulak otak ni boleh terpikir padahal punya la susah soalan etnik tadi sampai aku ley termenung(kalo korang nak taw pasal otak korang visit page terompah caring). Tapi pada aku senang jewp kowt sebab ade jugak orang yang keluar awal sejam pertama.

mungkin sebab dier tak tahan nak berak?
mungkin jugak dier betol2 habis jawab?
mungkin jugak dier memang dah tension dengan soalan tu?
mungkin jugak dier tersalah datang amek paper?

bape banyak mungkin dah. hee =)

ekh2. mintak maaf semua boleh pulak den ni mengarut sampai ke situ. Ok jom kite berbalik pada tajuk kite yang sebetul-betulnya. meh sini aku nak bercerita sikit sebab mesti ramai yang tertanya-tanya kan ape itu LIGHTROOM? ape yang aku cuba sampaikan? actually aku just nak share jewp ape yang aku rase betul dan ape yang aku rase bagus untuk korang-korang serta diri aku sendiri.

 ADOBE LIGHTROOM

ni la dier yang aku cube maksudkan tadi. Actually bagi sesiapa yang memang dah biase dengan software ini dia akan taw la ape yang cube aku sampaikan. Ok, software ni kebiasaannya menjadi favourite2 designer mahupun photographer2 yang inginkan impact gambar yang menawan. Adobe Lightroom mempunyai beberape persamaan dengan Adobe Bridges dan Adobe Photoshop dan ia lebih mudah digunakan berbanding Photoshop bagi sesiapa yang baru nak mengenali dunia editting ini. 

10 Kelebihan Adobe Lightroom

1. Nondestructive editting (editting yang tidak merosakkan) - means gambar korang tak akan berubah sehingga korang export gambar tu dan ia berbeza dengan photoshop. Kiranya korang boleh simpan gambar tu dan korang boleh buat adjustment bapa banyak kali korang buat dan quality gambar tu tak akan lari means korang punye editting tu kire virtual la after korang export baru images tu berbubah sebagaimana yang korang edit. Kalo photoshop setiap kali korang edit korang kene SAVE kalo tak akan hilang tapi lightroom xpayah dan original file tak akan berubah sampai la korang export gambar tu.

2. Memudahkan susunan & penetapan gambar - Lightroom mempunyai Collection & smart collection so korang xpayah la susah2 nak mengimport banyak kali, korang just letak gambar korang dalam satu collection jewp. Katakan korang ade gambar banyak2 tapi korang nak asingkan ikot story editting korang, just susun ikut masok kan dalam collection tu. Senang korang nak pilih2 gambar nanti.

3. Paparan view yang besar - Lightroom ade screen view yang besar kalo korang nka compare kan dengan original images dengan after editting images. So korang boleh tengok hasil after korang edit. Paparan screen dibuka sebelah-sebelah. so helpful

4. Susunan Interface yang cepat - Memudahkan korang untuk lihat gambar ke gambar yang lain dan jugak. Senang cite memang mudah sebab dier menggunakan thumbnail so memang jelas & korang boleh men tarik2 jewp gambar tu korang nak letak. Nak masok kan dalam collection ke, nak jadikan gambar tu ke bawah ke,ke atas ke. SIMPLE

5. Interface yang mudah di akses - Kalau di Photshop korang nak buat ape2 semua kene bukak window baru kan. Contoh kalau korang nak buat adjustment layer Curve korang kene buat layer baru kan, tetapi di lightroom, ia telah memperkenalkan autolayer so korang xyah la dok risau2 pasal layer tu & ia mudah untuk korang buat adjustment sebab segala-galanya berade dalam satu window yang same kat sebelah kanan gambar korang.

6. History yang kekal - Bagi Photoshop, history editting korang akan hilang after korang tutup images tu melainkan korang save dalam bentuk PSD format tetapi bagi Lightroom history palette akan stay walaupun korang tutup software tu,korang shutdown komputer ke,dier still stay walaupun korang xsave and export gambar korang. After korang export pown still ade history sehingga la korang delete images tu xpown korang ubah sendiri history. Tu yang besh tu.

7. multiple images processing - maaf na, aku xtaw dalam bahasa melayu dier ape, kalo aku translate jadi kelako & lagi korang xpaham. Ok, Kiranya korang ada banyak gambar & nak jadikan semua gambar editting dier same. Contoh, korang dah edit gambar A then korang nak update gambar yang lain2, korang just syncronize jewp gambar korang dengan Gambar A, tak pun korang just copy adjustment gambar A kat gambar yang lain.

8. Kawalan warna yang superb - Lightroom menawarkan HSL( Hue - Saturation - Luminance ). Ia tidak banyak perbezaan dengan camera RAW editting dan ia juga menawarkan pelbagai fungsi untuk seperti White balnce, tone, presence, split toning, lens correction, effect dan juga camera calliberation. Dalam setiap function koleh boleh ubah macam2. Must try~~

9. Kawalan setempat yang mudah - Adjust part2 yang kecil tanpa affect yang lain. Dalam Lightroom, korang boleh gelapkan,terangkan, beri effect dan ubah sharpness tanpa mengubah kawasan yang lain. Ye memang photoshop pown boleh buat tetapi merumitkan means korang kene buat layer then apply mask kat layer tu then korang brush balek. kan susah tu kan tapi kat lightroom ni korang just brush jewp part mane korang nak xyah dok pikir susah2 nak buat layer sebab dah autolayer then kalo korang xnak effect brush yang korang dah buat just delete jewp.

10. Clonig & healing brush - Bagi function ni tidak boleh disangkal lagi bahawa Photoshop sebenarnya lagi better dari lightroom. Untuk function di lightroom, just untuk simple2 jewp brush jewp.

 untuk entry kali ni, aku just nak share advantages jewp kowt & maybe after ni aku akan sambung lagi..aku buat sikit-sikit sebab ngahh final kowt..arghh...

korang layan la hasil gambar aku sendiri yang aku buat menggunakan LIGHTROOM ;



before editting gune lightroom


After Editting


Before Editting


After Editting

Sampai kat sini saje la nampaknya sebab banyak betul subject nak kene cover and hopefully aku akan update entry baru maybe sambungan daripada entry ini..Sebelum aku tinggalkan korang keseorangan, aku sajikan korang dengan video untuk kasi korang lagi paham..Yelakan aku bukan power sangat pun nak terang-terang ni lagi-lagi dalam bentuk penulisan tapi kalo face to face boleh ajewp..haha..k bye~~



LIGHTROOM & PHOTOSHOP..
beri pandangan korang ...

KOMEN & LIKE 

14 comments:

Tuesday, April 26, 2011

Banner korang kene BAKO??


salam readers,

firstly thx pada korang sebab visit belog aku ni yang xberape nak hebat macam yang lain dan aku cuba untuk menjadi hebat seperti yang lain malah lagi hebat lagi(berangan ni)haha..ekhh..ape yang kene bako-bako ni??nak taw bace la sampai habis yewp.. hehe.... ape-ape pown usaha dan tindakan itu penting dalam kite untuk menjadikan sesuatu angan-angan itu betul-betul berlaku.btol x ape yg aku ckp ni??huhu..Actually entry kali aku nak share sedikit pasal tone colour yang selalu korang gune untuk design banner.

k la meh aku share sedikit pasal ni.. Actually ramai yang ingin buat buat semua perkara dalam bentuk kretivitiviti yang tersendiri. Contohnya korang nak buat sesuatu perhiasan kat rumah korang, Kreativiti amat penting untuk menjadikan rumah korang lebih menarik dalam bentuk yang lain dr yang lain malah dalam bentuk kreativiti ini jugak korang ada selitkan tone-tone warna yang menarik supaya idea kreatif korang dapat disatukan dengan tone-tone warna supaya hasil korang lebih mengancam. 

ok la aku bagi satu situasi, korang diberi tugas oleh ahli kelab korang untuk menyiapkan banner sesuatu program yang akan  berlangsung dekat tempat pengajian korang then banner tu korang diarahkan untuk digantung dekat tempat tumpuan ramai. Semua orang taw yang korang ni memang seorang yang kreatif tapi kreatif saja tak boleh sebab kalo korang design cantek macam mane pown sekali pun tapi kalau tone warna yang korang gunakan untuk banner tu tak sesuai means tak matching dengan hasil idea kretif korang tu.. orang yang melihat banner korang tu tak akan rase impact hasil kerja korang. Kira boleh diibaratkan hasil kerja dan idea korang tu sia-sia dan mungkin akan dapat kutukan oleh sekumpulan manusia-manusia yang suke mengkritik kerja orang lain.. BEWARE..(aku pernah gak rase dikutuk sebab warne yang aku guna xmatch dengan design aku)



contoh tone warna yang tidak sesuai
kreatif tu ade walopon just sedikit

cube korang tengok hasil banner kat atas ni...apa pandangan korang??

Haaaaa..aku taw mesti ramai yang komen "perghhh,,burok gilew,bek xyah buat banner la weyhh..da la xlawo pastu tulisan macam samar-samar jewp,,,kite BAKO jewp.."

Kalo korang ni memang yang dah biasa dengan bab-bab buat banner ni kan..korang akan taw design macam mana yang sesuai bile korang hantar printing banner tu nanti..kalo korang tengok betol2 dekat banner kat atas ni.. Dalam komputer korang kire boleh bace tapi bile dah siap printing sume mmg tulisan tu akan jadi xnmpak sangat sebab colour yang digunakan itu lebih kurang dengan background colour belakang. Maksud aku adalah die punye lightness.Kiranya kalo background korang terang, korang kenela gelapkan tulisan tu..BASIC COLOUR kowt tu..huhu..banner ni kalo korang print jugak kan dan pastu korang gantung kat mane-mane, orang dari jauh xley bace tapi just nampak putih jewp. kalo korang nak bace korang kene datang dekat-dekat..percaye cakap la ckp den oii~~!!



Ni banner yang upgrade dari yang atas

so apa pandangan korang..mane lagi better??

Banner lat atas ni pown walaupun dah upgrade tapi still korang rase macam takot-takot jewp kan nak hantar printing sebab takot nanti tulisan dier xnampak + gelap jewp..Sebenarnya korang xyah risau sebab bile hantar printing yang murah sekalipun yang harga dalam linkungan rm50-rm80 tu, tulisan kat banner still menunjukkan sinar dier lagi. Apatah lagi bile yang korang hantar printing yang mahal-mahal, kompem jelas gilew tulisan dier.. Yela, selalunya bile kite hantar printing yang murah ni dier punye resolution colour yang dier print tu xberape nak tinggi so colour + design korang akan nampak pecah-pecah sikit walaupun korang hantar design banner korang dalam bentuk resolution yang tinggi..aku pernah gak try memang lain sedikit tapi nak buat macam mana kan duit dah xde..huk3..

So,ape pendapat korang.??

KOMEN dan LIKE di alu-alukan


3 comments:

Sunday, April 24, 2011

McDonald kene BULI??

salam semua peyokong-penyokong monster..hehe..mula-mula macam biasa aku nak ucap terima kasih sebab korang masok belog aku yang tak seberape ini..hee.ape-ape pown korang mesti tertanye-tanye kan ape yang sebenarnya yang telah berlaku kat Mcdonald ni??

adakah Mcd kene bako??
adakah Mcd kene pecah masok??
adakah burger Mcd ade lipas??

semua ni akan terjawab setelah korang-korang semua habiskan membaca entry aku ini..hee..ok firstlt biar la aku kongsi dengan korang dulu gambar Mcd yang aku maksud-maksudkan tu ye..^^,


ni gambar Mcd yang akuu maksudkan tue.Gambar ni waktu malam sebab aku update pown waktu malam dan aku update belog aku ni pown mase aku ngah melahap burger BIGMAC.

Ok la aku rase dah tiba mase aku story kat korang ape yang Mcdonald yang aku pegi ni kene buli seperti yang diwar-warkan oleh tajuk entry aku ni..hehe.

1. Mcdonald kene serbu 

-geng-geng aku ley lak kan buli Mcdonald kat batu pahat just datang beli cawan beso then refill sampai 10 kali.Makan tak jugak just minom air jewp..iskh3..Tak ke bankrup Mcdonald tu.Dah la yang datang bukan sorang dua tapi ade la dalam 10 orang.adushh..pening pale den oii(sepatutnya bukan aku yang cakap tapi manager Mcd tu)haha


2. Mcdonald sebagai Library


gambar credited to atien

-Korang pahamkan maksud aku ni.maksudnya diorang datang ramai-ramai2 tapi bukan nak makan sangat pown tapi just nak stay up sampai pagi dengan study subjek final sampai ke pagi..haha..bile lapo jewp g kuar jap lepak mamak lak sebab murahkan..haha..HAROK2,,punye la bising geng-geng aku sampai orang lain sume ushar jewp..hhaa...lantak la kan atleast kitorang dah beli air secawan beso just tuk syarat jewp an nak duduk Mcd tu..haha...JAHAT X???hihi^^,

jahat x kitorang buli Mcdonald batu pahat kesayangan student-student kat UTHM ni..hehe..tapi tak pe la kan sebab Mcdonald dah beranak sorang anak laki kat Taman Universiti.hee..So after this student-student UTHM tak payah la g jaoh-jaoh just untuk nak buli Mcd..haha

korang layan la muke-muke pembuli semua..haha






 
muke owner blog ni..hehe..

amacam??korang kenal ark muke-muke pembuli semua??haha.
kalo korang kenal korang klik la butang like tu dan komen..haha....

KORANG JANGAN BULI MACAM MANA AKU BULI MCD TAW~~!!


5 comments:

Saturday, April 23, 2011

Taman Botani

Salam semua..arini macam biasa aku nak  share dengan korang gambar-gambar yang pernah aku shoot dengan membe-membe.Aku ni bukan la power sangat dalam bidang photography ni tapi still dalam pembelajaran.Aku study buku2,majalah,internet,E-book.Segala-galanya sekiranya ia berkaitan dalam bidang photography.

Ape-ape pown korang layan la dulu gambar-gambar ni..Kalo korang suke korang komen la yewp.








So apa pandangan korang dengan hasil aku yang xseberapa ni??
hope korang suke dengan keje aku..

THX

0 comments:

Friday, April 22, 2011

my talent BEB..

BEB = born to be excellent and brilliant

sebenarnya la kan BEB ni name course program aku kat pengajian ni and kitorang memang panggil name kelas BEB..ringkas dan padat..


WHO IS IT??

semua tertanye-tanye kan siapa yang kat dalam gambar ni...actually tak de ape2 pon aku nak berkongsi dengan korang setakat ni just untuk nak perkenalkan dekat korang sorang budak kelas aku yang boleh dikatakan berbakat dalam bab-bab pose ni..talent la katakan..haha..anyway korang nilai la sendiri gambar yang ada kat atas tu..HAVE FUN

venue : Bukit layang-layang Pasir gudang

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 HazwanKhalid Photography.
Blogger Template by Clairvo